DTX™ Complex Shaklee

RM156.25

DTX® Complex

Membantu Hati untuk Perbaharui, Segar dan Cergas Semula.

Kod Produk: 10330 (90 kaplet)

DTX® Complex membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat menggunakan formulasi herba yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat.

Nutritional Facts

Saiz Hidangan : 3 Kaplet

KKLIU 0605/2017
MAL07090948TC

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk tradisional.

Untuk Tempahan, sila klik BUY NOW.

Description

DTX Complex Shaklee membekalkan nutrisi sokongan dengan kombinasi pelbagai herba berkhasiat bagi melindungi dan merangsang keupayaan semula jadi tubuh untuk menjaga kesihatan hati.

Fungsi Hati Pada Tubuh Badan Kita

Rembesan Hempedu

Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecik (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A, D, E, F, K dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.

Bertindak Sebagai Detoksifikasi

Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang di detoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protin. Untuk detoksifikaikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksin termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksin. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estroen adrenalin dan insulin.

Penting Dalam Metabolisme Lemak

Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Kenapa Perlu Pilih DTX Complex Shaklee

Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati.

Selain itu, ia mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).

Seperti yang kita tahu, hati merupakan organ berkeupayaan dalam pembinaan semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati.

Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal.

Kelebihan Detox Hati Dengan DTX Complex

Salah satu organ terbesar kita, hati menapis dan menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan di dalam tubuh kita, terutamanya toksin. Oleh itu, kesihatan dan kesejahteraan seseorang bergantung pada seberapa baik tubuhnya mebuang dan mnyingkirkan toksin.

DTX Complex Shaklee
DTX Complex Shaklee

Hati Yang Tidak Sihat Menyebabkan:

  • Kembung atau perut tidak selesa
  • Gatal, kering kuning dan gelap pada kulit
  • Keletihan Kronik
  • Emosi tidak stabil
  • Berat badan bertambah atau ketidakupayaan untuk menurunkan berat badan
  • Bau badan

Kelebihan Dan Khasiat DTX Complex

  • Bantu menghasilkan protein yang membantu dalam regenerasi sel hati.
  • Mengekalkan pengaliran hempedu yang normal
  • Mengeluarkan kompaun yang dinyah-toksinkan oleh hati
  • Menggalakkan fungsi hati yang sihat

6 Sumber Utama Dalam Setiap Kapsul DTX Complex Shaklee

  • Ekstrak biji benih susu tisel yang ditunjukkan penyelidikan menyokong keupayaan badan membuat protein yang membantu jana semula sel hati
  • Cendawan Reishi dan Schizandra membantu mengekalkan aliran hempedu
  • Dandelion, kunyit dan artichoke membantu mengekalkan aliran hempedu
  • Merangsang pengaliran hempedu

Schizandra Chinensis

Herba anti-tekanan ini membantu:

  • Melindungi hati
  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Merangsang sintesis protin
  • Meningkatkan jumlah enzim dalam hati
  • Memperlahankan pembentukan toksin
  • Meningkatkan pertahanan badan terhadap tekanan alam sekitar, pendedahan toksin, kerisauan serta penyakit emosi dan mental
  • Mengurangkan pengumpulan lemak dalam hati
  • Menghalang kecederaan hati dan mengurangkan keradangan hati

Milk Thistle

Milk Thistle Dalam DTX Complex Shaklee
Milk Thistle Dalam DTX Complex Shaklee

Bertindak sebagai anti-oksidan, ia mencari radikal bebas dan menghindar mereka dari merosakkan sel termasuk:

  • Meneutralkan radikal bebas
  • Membaiki kerosakan pada sel hati seperti hepatitis
  • Melindungi sel baru hati daripada rosak oleh toksin yang sama
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Menyingkirkan bahan kimia dan dadah (termasuk ubatan yang terdapat di kaunter farmaseutikal seperti acetaminophen)
  • Membantu mengurangkan keradangan masalah kulit seperti psoriasis dan eczema

Kunyit

Curcumin, komponen utama kunyit sebagai anti-radang dan anti-oksidan kuat yang membantu:

  • Memerangi pengoksidaan yang menyebabkan kerosakan hati
  • Meningkatkan kadar hormon di otak untuk mencetuskan perkembangan neuron baru dan mencegah pelbagai proses degeneratif otak untuk fungsi tubuh yang optimum
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

Artichoke

Secara nutrisinya tinggi dengan serat, asid folik, vitamin C dan vitamin K, artichoke membantu:

  • Menggalakkan pengaliran hempedu untuk membuang toksin dari hati
  • Memberi kesan anti-radang
  • Mengurangkan kadar lemak dan kolestrol dalam hati

Dandelion

Kaya dengan anti-oksidan dan mengandungi vitamin A, B, C, D, E dan beta-karoten serta zink, besi, kalium dan selenium untuk;

  • Menyokong kesihatan hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (hepatitis) dan jaundice
  • Meningkatkan penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu; mencegah batu karang
  • Meningkatkan pengeluaran air kencing untuk membuang toksin dari sistem anda
  • membantu merawat endometriosis. bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
  • Melawan sel tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembangan dan lebihan air

Cendawan Reishi

Dipanggil sebagai “Cendawan Keabadian” oleh orang Cina, ia membantu:

  • Mengawalatur sistem imun
  • Meningkatkan kesihatan usus
  • Menyediakan sifat antioksida dan anti-histamin
  • Menyokong pertahanan sel hati daripada jangkitan bakteria dan toksin
  • Mengurangkan masalah bronchitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik

Siapa Yang Boleh Mengambil DTX Complex

  • Lelaki dewasa
  • Wanita dewasa
  • Remaja berumur 13 tahun ke atas
  • Individu bermasalah hati
  • Individu yang pentingkan kesihatan hati
  • Individu yang bekerja atau terdedah dengan persekitaran tidak bersih

Cara DETOX Hati Dengan Formula Herba

Bantu hati anda memperbaharui, dan memulihkan semula dengan formula herba untuk:

D : Detox hati anda untuk mengembalikan kesihatan hati

T : Tiga biji sehari untuk meningkatkan kesihatan hati anda secara semula jadi

X : Ekstrak tumbuhan menyingkirkan toksin dari badan untuk meningkatkan keupayaan untuk mengekalkan hati yang sihat.

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk tradisional.

Untuk Tempahan, sila klik BUY NOW.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “DTX™ Complex Shaklee”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge