ESP – Soy Protein Isolate Powder Shaklee

RM161.25

ESP – Soy Protein Isolate Powder

Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan

Kod Produk:&bsp;11003 (850 g)

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan and perkembangan. Shaklee ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.*

Kuasa Protein untuk Tenaga Lebih Lama
Kebanyakan orang tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan TENAGA-stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.

Nutritional Facts

Saiz Hidangan: 28 g (3 sudu besar)
Hidangan Setiap Bekas: 30

Untuk tempahan, sila klik BUY NOW.

Description

Ada banyak jenama protein segera di dalam pasaran, tetapi kenapa serbuk protein perlu menjadi pilihan anda? Apa yang ‘best’ sangat hingga ia telah pun menjadi rebutan dan sebutan sebagai serbuk protein terbaik terutama sekali di kalangan ahli gym tak kira lelaki mahupun wanita?

Kebaikan Protein Kepada Tubuh Badan Kita

1. Membantu mendapatkan otot, rambut dan kuku yang sihat.

Protein sangat penting untuk membina otot. ESP sangat menjadi sambutan hebat di kalangan lelaki yang ingin membina otot, kerana serbuk protein sangat membantu pembentukan otot yang sihat. Wanita pula perlukan sumber protein yang sihat untuk menghasilkan rambut yang cantik. Rambut yang kering, rambut bercabang, kuku yang rapuh adalah antara contoh anda tidak memounyai protein mencukupi. Protein dapat membantu anda mendapatkan kuku yang lebih sihat dan cantik.

ESP Shaklee juga merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak ebagai egen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.

2. Kulit Yang Cantik

Kulit memerlukan protein untuk memperbaharui sel-sel baru. Setiap hari ada kulit yang rosak dan mati, jadi anda perlukan protein untuk memperbaharuinya.

Asid Amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar,  50,000 jenis protein badan, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan keremajaan kulit.

ESP Shaklee melambatkan proses uban, rambut gugur, maslah keadaan rambut, pigmentasi dan freckles.

3. Tenaga dan Stamina Yang Baik

Protein soya mampu memberikan anda otot yang lebih kuat dan tenaga. Protein memberikan khasiat vitamin dan mineral, seterusnya ia dapat membantu anda mendapat stamina sepanjang hari.

ESP Shaklee membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun. Oleh itu, ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan dan sebagainya.

4. Menjaga Kesihatan Sistem Reproduktif

Protein mengandungi fitokimia iaitu isoflavones. Isoflavones ini membantu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser prostat dan mengurangkan gejala menopaus.

Isoflavones tidak mengganggu fungsi estrogen yang ada dalam badan, ia tidak berupaya menjalankan fungsi sama seperti estrogen. Sebaliknya isoflavones membantu mengawal kesimbangan hormon dalam badan dan mengurangkan risiko kanser, mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Genistein dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat dan keupayaan seksual lelaki terpelihara.

5. Menyokong Paras LDL Kolestrol Sihat

Protein menyokong kesihatan jantung dengan menurunkan paras LDL kolestrol dalam badan. Di samping itu protein soya membantu menyihatkan salur darah supaya risiko strok dan jantung, darah tinggi dapat dikurangkan.

6. Menyokong Perkembangan Bayi

Bagi ibu hamil, protein dapat menyokong tumbesaran bayi yang sihat. Bayi perlukan protein yang lengkap untuk perkembangan mereka dalam kandungan. Selepas bersalin pula ibu perlukan protein yang lengkap untuk bantu tingkatkan sistem imun bayi dan menambahkan susu ibu yang penuh nutrisi.

Bukan sahaja ibu hamil/menyusu, protein perlu diambil oleh semua. Protein adalah nutrisi asas untuk melengkapkan keperluan protein anda.

Kita sudah maklum kebaikan dan manfaat protein kepada tubuh kita. Sekarang ini elok kita lihat mengapa ESP Shaklee merupakan makanan tambahan protein terbaik yang wajar anda pertimbangkan pengambilannya.

Keistimewaan ESP Shaklee

Kenapa protein ESP Shaklee patut menjadi pilihan anda berbanding serbuk protein jenama lain?

1. Hidangan Lengkap

Setiap hidangan ESP memberikan 14 gram bagi setiap hidangan protein berkualiti tinggi yang semulajadi rendah lemak, laktosa semulajadi dan tanpa kolestrol. Berbeza dengan jenama lain yang biasanya hanya menyediakan sebanyak 8 gram atau 6 gram sahaja hidangan protein.

2. Sumber Soya Non-GMO

Shaklee ESP adalah sumber soya yang tidak diubah suai secara genetik (non-GMO). ESP Shaklee juga merupakan protein soya yang dihasilkan di bawah program pemeliharaan identiti (IPP). Ini bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat dari proses penanaman sehingga pemprosesan.

Justeru ESP Shaklee diperbuat daripada bahan organik tanpa hormon tambahan lain. Adalah terlalu sukar untuk mendapatkan kacang soya non GMO pada zaman ini. Hampir 90% kacang soya yang dipasarkan di dunia sebenarnya telah diubah suai atau merupakan GMO.

3. Mengandungi 9 Asid Amino Perlu

Shaklee ESP adalah lengkap dengan 9 jenis asid amino perlu yang badan anda tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP Shaklee, badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

Jika badan tidak mempunyai asid amino yang lengkap, badan anda masih boleh membuat sel-sel baru, tetapi rambut anda mungkin kering, bercabang, manakala kulit anda adalah kulit yang kusam, bermasalah dan sebagainya.

4. Penarafan PDCAAS Pada Kedudukan Tertinggi

ESP Shaklee mempunyai PDCAAS (skor penghadaman protein kepada asid amino) skor pada 1.0. Kedudukan ini adalah kedudukan tertinggi yang sama dengan protein haiwan seperti telur dan susu.

Jadual Nilai PDCAAS Pelbagai Sumber Protein
Jadual Nilai PDCAAS Pelbagai Sumber Protein

Skor ini adalah salah satu cara untuk mengukur kualiti protein dan manfaat yang diberikan sama dengan protein sumber haiwan. Tidak semua protein tumbuhan dapat memberikan 9 jenis amino asid, sebaliknya protein soya sahaja yang boleh. Dan kemampuan manusia meleraikan protein kepada 9 jenis asid amino, sebab itulah ESP mendapat skor tertinggi ini.

Jenama lain yang mempunyai skor seperti 0.3 hingga 0.5. Skor ini bermaksud asid amino dalam badan merosot, tetapi tidak bagi ESP Shaklee.

5. Kacang Soya Dibasuh Dengan Air

Proses pembuatan ESP Shaklee salah satunya adalah menggunakan air untuk membasuh kacang soya bagi mengekalkan keaslian isoflavones seperti genistein dan daidzen.

Kebanyakan jenama lain menggunakan alkohol untuk membasuh kacang soya. Menggunakan air dapat mengekalkan isoflavones serta dapat mengekalkan kehalalan produk.

6. ESP Shaklee Mempunyai Indeks Glisemik Rendah

ESP mempunyai GI rendah yang memberi tenaga tanpa meningkatkan gula dalam darah. Ini bermaksud ESP Shaklee dapat memberikan tenaga, anda dapat nutrisi tetapi tidak meningkatkan gula dalam darah. Contohnya nasi. Nasi akan memberikan rasa kenyang, pada masa yang sama nasi akan meningkatkan gula dalam darah. Anda juga akan rasa lapar pada satu tahap.

Graf Menunjukkan Tenaga Selepas Hidangan Nasi Menjunam Menyebabkan Rasa Lapar Yang Cepat, Sebaliknya ESP Menunjukkan Graf Yang Lebih Stabil Dari Segi Pelepasan Tenaga
Graf Menunjukkan Tenaga Selepas Hidangan Nasi Menjunam Menyebabkan Rasa Lapar Yang Cepat, Sebaliknya ESP Menunjukkan Graf Yang Lebih Stabil Dari Segi Pelepasan Tenaga

ESP Shaklee sebaliknya memberikan tenaga secara konsisten tanpa meningkatkan gula dalam darah jadi mengurangkan risiko diabetes.

Keunikan ESP Shaklee

  • Mempunyai kajian klinikalyang sangat ekstensif dan komprehensif. Diikhtiraf di seluruh dunia.
  • Shaklee hanya menggunakan kacang soya jenis non-GMO (non-Genetically Modified Organism), tidak diubah secara genetik. Maksudnya kacang soya dia memang asli dan tiada apa-apa bahan tambahan digunakan semasa proses menanam kacang soya.
  • ESP Shaklee juga diproses pada kadar suhu yang rendah.
  • Untuk menghasilkan protein soya Shaklee, ia dicuci dengan air bagi mengekalkan isoflavones, genistein dan daidzen yang penting agar kebaikan soya diperoleh sepenuhnya.
  • Mempunyai proses pensijilan tersendiri, iaitu identity Preserved Program (IPP) ini untuk memastikan kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP Shaklee bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
  • Dalam setiap satu tin ESP Shaklee yang beratnya 850 gram, serbuk ESP Shaklee dihasilkan daripada 30 kg kacang soya.
  • Membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
  • Rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
  • Mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39. Jadi ESP Shaklee sangat sesuai untuk yang ada kencing manis.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “ESP – Soy Protein Isolate Powder Shaklee”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge