7 Tanda Demam Denggi Pada Kanak-kanak dan Orang Dewasa

7 tanda demam denggi pada kanak-kanak dan orang dewasa. Demam panas secara mengejut, muntah-muntah, sakit kepala, otot dan sendi dan pendarahan kecil pada hidung dan mulut merupakan antara simptom utama seseorang itu mungkin terkena demam denggi.

Demam denggi merupakan sejenis demam akibat jangkitan virus Denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk. Aedes aegypti yang membawa virus yang sama.

Virus denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang menyebabkan demam denggi
Virus denggi yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang menyebabkan demam denggi

Berbeza dengan penyakit-penyakit lain. Denggi ini biasanya menyerang pada peringkat awal kerana simptom yang tidak khusus kepada denggi. Tambahan pula, tiada vaksin atau ubatan yang dicipta dan di pasaran untuk melawan virus denggi.

Jika dibilang secara keseluruhan, majoriti mereka yang dijangkiti Denggi ini, tidak mendapat jangkitan yang serius. Selalunya, pesakit akan sembuh sendiri selepas 3 hingga 7 hari demam tanpa apa-apa komplikasi yang serius dan tidak memerlukan  khusus di hospital.

Tetapi, masih ada segelintir pesakit yang boleh mendapat komplikasi daripada jangkitan virus denggi. Oleh sebab masih belum ada alatan atau ujian yang boleh mengetahui nasib sebenar pesakit yang dijangkiti virus misteri ini; semua pesakit perlu dipantau sehinggalah mereka pulih sepenuhnya.

Awasi ‘Warning Signs’

Apabila seseorang pesakit itu telah disyaki atau disahkan menghidap denggi biasanya, doktor akan memberikan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi pesakit. Antaranya ialah jumlah air yang perlu diambil oleh pesakit, jenis air yang perlu diminum oleh pesakit dan sebagainya.

“Doktor juga memberikan senarai tanda amaran yang perlu diberi perhatian oleh pesakit, kerana tanda-tanda ini akan menjadi petunjuk sama ada pesakit tersebut akan mengalami demam denggi  yang lebih serius,” menurut Prof Madya Dr. Sharifah Faridah Syed Omar, Ketua Unit Penyakit Berjangkit di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Doktor akan memantau bacaan hematocrit, tekanaan darah dan jumlah cecair yang masuk dan keluar untuk mengetahui sama ada pesakit stabil atau tidak
Doktor akan memantau bacaan hematocrit, tekanaan darah dan jumlah cecair yang masuk dan keluar untuk mengetahui sama ada pesakit stabil atau tidak

“Antara tanda yang perlu diberikan perhatian oleh pesakit ialah muntah berterusan, sakit perut yang teramat sangat, lemah badan, pendarahan kecil pada gusi dan hidung. Bagi kaum wanita, datang bulan bukan pada masanya, atau jika pesakit memang sedang haid, haidnya tiada simptom akan berhenti.

“Jika pesakit mengalami keadaan di atas, dia perlu dipantau dengan lebih ketat, jika tidak, pesakit mungkin akan mendapat denggi yang lebih serius.

“Pesakit perlu peka dengan tanda-tanda ini kerana berbeza dengan penyakit lain, virus denggi ini boleh menjadi lebih serius dengan cepat. Kadangkala pesakit berasa sihat pada waktu pagi dan boleh menjadi teruk secara tiba-tiba pada waktu petang,” menurut Prof Faridah.

Denggi Berdarah Boleh Membawa MAUT

Denggi berdarah bukanlah satu keadaan di mana pesakit akan mengalami pendarahan di kulit mereka sebaliknya denggi berdarah ialah satu peringkat denggi yang lebih serius yang disebabkan oleh kebocoran plasma.

Kebocoran plasma ialah suatu situasi di mana saluran darah pesakit akan mengalami kebocoran dan kandungan cecair akan mengalir keluar dan pergi ke ruangan ketiga yakni rongga-rongga lain dalam badan seperti rongga di paru-paru dan abdomen.

Apabila keadaan ini terjadi, tekanan darah pesakit akan jatuh merudum kerana darah bergantung pada cecair dalam saluran darah.

Perkara Yang Perlu Dan Jangan Lakukan Semasa Demam Denggi
Perkara Yang Perlu Dan Jangan Lakukan Semasa Demam Denggi

Jika keadaan ini tidak dikawal, darah tidak dapat disalurkan ke organ-organ penting dalam badan dan menyebabkan pendarahan yang serius berlaku (dalam perut, usus, atau otak) sekali gus boleh membawa maut.

“Apabila berhadapan dengan kes begini, amat penting untuk pesakit mendapat air yang secukupnya. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Jika terlebih air akan menyebabkan tekanan darah pesakit jatuh.

Menurut Dr. Faridah, antaranya salah faham lain mengenai demam denggi, ialah mengenai kandungan platelet dalam darah pesakit. Ramai menganggap kandungan platelet darah yang menentukan tahap serius suatu serangan virus denggi tersebut.

“Tidak semestinya. Ada antara pesakit yang kiraan plateletnya rendah tetapi dia tidak mengalami denggi yang serius. Apa yang perlu diberi perhatian ialah tekanan darah dan jumlah air dalam badan pesakit.

“Oleh sebab itu, ujian darah full blood count akan dilakukan kepada pesakit untuk mengetahui bacaan hemotocrit-refleksi kepada kepekatan darah. Jika darah pekat, hematocrit akan naik bermakna air tidak cukup dalam badan. Jadi lebih cecair akan diberikan kepada pesakit.

“Doktor yang merawat pesakit denggi perlu sentiasa memantau bacaan hematocrit, bacaan tekanan darah dan jumlah cecair yang masuk (melalui drip dan yang diminum oleh pesakit) dan keluar (air kencing) untuk mengetahui sama ada pesakit stabil atau tidak. Pemberian air yang secukupnya bergantung kepada faktor-faktor ini.

“Platelet darah hanyalah perkara kedua yang dilihat oleh seseorang doktor selepas bacaan hematocrit. Dengan bacaan platelet, doktor boleh mengetahui sama ada pesakit berada di peringkat awal, pertengahan atau penghujung penyakit demam denggi yang secara puratanya akan mula sembuh selepas 5 hingga 9 hari.

“Namun apa yang paling penting ialah rawatan dan kawalan terhadap virus denggi sebelum ia menjadi lebih parah,” terangnya lagi.

Fakta Demam Denggi

  • Fasa Demam tinggi (febrile phase), selalunya dalam 72 jam hingga 7 hari. Pesakit perlu berehat di rumah dan memantau pengambilan air yang mencukupi.
  • Fasa Kritikal (Critical Phase), bermula sejurus selepas demam reda (<38°C), kira-kira 20 peratus daripada pesakit mungkin mengalami komplikasi kebocoran plasma. Pesakit yang selebihnya akan mula beransur sihat. Pemantauan ‘warning signs’ adalah sangat penting.
  • Fasa sembuh atau penyerapan semula (Reabsorption or recovery phase) 24- 48 jam selepas fasa kritikal. Air yang terkumpul akan diserap kembali. Pengambilan air seperti biasa. Badan akan menyesuaikan semula sehingga pesakit sembuh sepenuhnya.
  • Empat jenis satu virus denggi, DEN 1, DEN 2, DEN 3, DEN 4.
  • Jangkitan salah satu  virus akan memberikan imuniti terhadap virus itu sahaja.
  • Seseorang individu mempunyai 4 peluang terkena denggi.
  • Selalunya jangkitan virus kedua akan lebih serius daripada serangan pertama.

Kredit : Majalah i-Sihat

Pembawa Agen Demam Denggi

  1. Aedes Aegypti
    Ciri-cirinya : Tanda putih-perak bentuk kecapi di kepala.
  2. Aedes Albopictus
    Ciri-cirinya: Garisan putih-perak di sepanjang pertengahan kepala dan badan.

Antara 7 Tanda Demam Denggi

  1. Demam kuat secara tiba-tiba dan berterusan.
  2. Ruam merah pada kulit.
  3. Sakit teruk pada tulang, otot, sendi, biji mata, dan kepala.
  4. Hilang selera makan.
  5. Muntah-muntah.
  6. Sakit perut.
  7. Pendarahan pada badan, hidung, dan mulut.

Tabiat Nyamuk Aedes

  • Aedes dapat dikenali dengan berbelang hitam putih pada kakinya.
  • Aedes akan menggigit pada waktu pagi dan senja.
  • Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung.
  • Aedes membiak di dalam air  bertakung di dalam dan di luar rumah.
  • Kitaran hidup Aedes dari telur, jentik-jentik, kepompong, hingga nyamuk dewasa hanya satu minggu sahaja.

Pencegahan Dan Kawalan

Mencegah Pembiakan Aedes

  • Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur.
  • Salin air dan basuh sehinggga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali.
  • Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung.
  • Pastikan tempat bertakung air hujan seperti tayar, kaca, atau tin kosong dibuang untuk mengelak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
  • Tanam semua benda/bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya.
  • Masukkan bahan pembunuh jentik-jentik TEMEPHOS seperti ABATE, AZAI, CREEK dan LAVETTE mengikut sukatan yang ditetapkan. (10gm untuk 20 gelan air) tiga bulan sekali.

Menghapus Nyamuk Dewasa

  • Gunakan racun serangga (aerosol) di rumah.
  • Pasang jejaring nyamuk pada tingkap.
  • Semburan kabus (Fogging) akan dilakukan jika berlaku kes denggi.

Petua Untuk Sembuhkan Demam Denggi

‘Immune Booster’ Daripada Shaklee

Set Shaklee Untuk Demam Denggi
Set Shaklee Untuk Demam Denggi
  • Sustain Release Vitamin C yang membantu meningkatkan system imunisasi dalam tubuh, seterusnya meningkatkan sel darah putih untuk membunuh virus Denggi.
  • Performance Drink yang tinggi dengan Iron yang membantu mengelakkan kehilangan air dalam badan serta mengurangkan dehidrasi.
  • Nutriferon yang mengandungi interferon yang memberi signal yang baik untuk membantu sel darah putih bekerja untuk membunuh Virus Denggi.
  • ESP sebagai sumber tenaga kepada pesakit sekali gus mengekalkan vitamin yang telah kita dapat semula selepas badan bertarung dengan virus Denggi.
  • Vivix mampu membantu merawat sel sehingga ke tahap selular akibat serangan virus Denggi.

Jika badan rasa tidak sedap badan, dan mengesyaki denggi, boleh cuba produk ini untuk menguatkan imunisasi badan sama ada untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh KLIK pada rajah BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @starla.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

 

7 Tanda Demam Denggi Pada Kanak-kanak dan Orang Dewasa

Entri ini menghurai secara teriperinci berkenaan tanda demam denggi, punca serta inisiatif cara rawatan secara natural tanpa sebarang ubat.

3 thoughts on “7 Tanda Demam Denggi Pada Kanak-kanak dan Orang Dewasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge