Kebaikan Bangun Awal Pagi Untuk Orang Berjaya

Kebaikan Bangun Awal Pagi Untuk Orang Berjaya secara tidak langsung mampu  memperkasakan kuasa optimistik pada fungsi badan. Jika dilihat pada senario masyarakat sekarang, rata-ratanya bangun awal pagi, khususnya mereka yang berada di ibu kota. Antara alasan bangun pagi dan bersiap awal lazimnya adalah untuk mengelakkan tersekat di dalam kesesakan lalu lintas. Memang ada benarnya kerana hidup di dalam kehidupan kota, masing-masing perlu cepat jika tidak anda akan jauh ketinggalan di belakang.

Sebenarnya, bangun awal pagi turut dipraktikkan oleh orang-orang yang berjaya. Mereka yang yakin dengan bangun awal pagi dapat merangsang produktiviti yang lebih.

Lihat saja pada kejayaan yang digapai oleh ikon-ikon yang berjaya seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook yang mana beliau mula menghantar e-mel  berkaitan kerja pada seawal 4.30 pagi dan juga isteri kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama turut selesa bangun awal pagi untuk bersenam sebelum anak-anaknya bangun daripada tidur.

Bangun Awal -Tips Orang Berjaya
Bangun Awal -Tips Orang Berjaya

Laura Vanderkam, pakar pengurusan masa dan penulis buku ‘What The Most Successful People Do Before Breakfast‘ pula menulis begini: “Mereka yang berjaya sebagai professional benar-benar mempercayai falsafah ini. Caranya, meletakkan beberapa jam pertama di permulaan untuk dilaburkan dalam aktiviti paling penting sebelum keutamaan yang lain datang menerpa.”

Sains menyokong strategi ini. Vanderkam menulis penemuan terkenal Professor Roy Bauminster , Pakar Psikologi di Universiti Florida State, kemahuan itu seperti otot yang boleh menjadi lelah akibat penggunaan secara berlebihan. Diet katanya, sudah habis digunakan menjelang petang, lazim terjadi di penghujung hari.

Waktu pagi menawarkan bekalan tenaga segar untuk kemahuan, kita menjadi lebih optimistik dan bersedia untuk menangani tugasan yang lebih mencabar.

Golongan itu mengetahui betapa berharganya masa. Memandangkan waktu siang mereka mudah ditelan begitu sahaja oleh panggilan telefon, mesyuarat dan krisisyang berlaku secara tiba-tiba sebaik tiba di pejabat, waktu pagi adalah dalam kawalan mereka. Sebab itulah kebanyakkannya akan bangun sebelum matahari terbit dan melakukan pelbagai perkara.

Daripada 20 eksekutif yang ditemubual Vanderkam, 90 peratus bangun sebelum jam 6 pada hari bekerja. Maksudnya, pagi yang produktif dengan bangun awal. Anda bagaimana? Sukar bangun pagi atau  bukan tergolong dalam kategori morning person?

Bangun Awal Hindari Penyakit Mental

Prof. Madya Dr. Muhammad Najib Mohamad Alwi, Perunding Psikiatri Hospital Pakar An Nur dan juga merangkap kepada pengarah Pusat Penyelidikan Sumber, KOlej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya mendedahkan terdapat beberapa kelebihan yang diperolehi jika kita bergelar ‘morning person’ terutama kepada kesihatan mental.

Jelasnya, ia didorong apabila seseorang individu itu terhindar daripada sikap yang terburu-buru pada waktu pagi untuk ke tempat kerja. Malah mereka yang bangun awal pagi juga dapat menyelesaikan tugasanyang lebih mudah kerana kurang gangguan di tempat kerja.

Terbukti, dengan kerja yang lebih teratur dan mengikut masa tanpa perlu terburu-buru dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh seseorang itu.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa manfaat lain daripada mengamalkan rutin bangun awal pagi ini. Antaranya adalah orang yang bangun awal untuk memulakan tugas atau belajar akan berasa lebih cergas dan menghasilkan kerja atau prestasi pembelajaran yang lebih baik kerana pada waktu pagi, otak dan minda masih segar selepas berehat sepanjang waktu tidur.

Selain itu, mereka yang biasa bangun pagi akan mempunyai rutin tidur yang lebih baik kerana setelah membiasakan diri bangun awal, mereka akan lebih mudah lena pada waktu tidur yang optimum. Tidak percaya?? Cubalah !

Dr Muhammad Najib juga menjelaskan bahawa mereka yang bangun awal pagi akan lebih tenang kerana dapat memulakan hari dengan menikmati suasana pagi yang tenang dan indah.

Malah mereka yang bangun pagi juga biasanya sempat bersarapan dengan sempurna dan dengan demikian mereka dapat melaksanakan tugas harian dengan penuh bertenaga dan ceria.

Tidur Berkualiti

Sudah pastinya, apabila kita berbicara tentang bangun awal pagi, ia berkaitan dengan tidur yang berkualiti. Jika tidak dapat tidur yang berkualiti, mungkin agak sukar untuk kita bangun pada keesokkan harinya. Oleh itu, Dr Muhammad Najib berkongsi tips yang berguna untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan terbaik.

  1. Cuba anda tetapkan jem penggera untuk bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuklah hari minggu. Tetap juga guna formula ini walaupun adakalanya anda hanya terlelap beberapa jam sebelum itu. Tindakan ini sebenarnya boleh membantu membetulkan jam biologi yang mengatur waktu tidur anda.
  2. Elakkan tidur pada waktu siang walaupun tidur anda terganggu pada malam sebelumnya. Jika anda menjaga rutin ini, pada sebelah malam berikutnya anda akan mendapat tidur yang lebih awal akibat keletihan dan secara beransur-ansur corak tidur anda akan pulih seperti sediakala.
  3. Anda boleh melakukan senaman ringan pada awal petang agar anda keletihan pada sebelah malam. Namun begitu elakkan bersenam di waktu malam kerana ia boleh menyebabkan tubuh anda terlalu terangsang dan cergas sehingga melambatkan anda tidur.
  4. Elakkan mengambil sebarang minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat selepas waktu tengah hari kerana kafein boleh menyebabkan anda sukar tidur. Jika anda merupakan peminat tegar kopi, seeloknya ambil hanya pada waktu pagi. Bukan itu sahaja, untuk mendorong anda mudah untuk tidur, ambillah segelas susu panas sebelum tidur.
  5. Mandilah dengan air suam sebelum tidur untuk mengurangkan ketegangan otot.
  6. Jika anda masih tidak boleh tidur, jangan termenung di atas katil. Keluar dari bilik tidur dan melakukan aktiviti yang membosankan seperti membaca rencana ilmiah yang boleh menyebabkan anda segera mangantuk! Kemudian kembali ke katil apabila anda benar-benar mengantuk.
Tidur Berkualiti
Tidur Berkualiti Mampu Mencegah Penyakit Mental

Ada juga yang tertanya-tanya, sebenarnya pukul berapakah waktu untuk tidur dan waktu untuk bangun secara tepatnya utnuk seseorang individu?

Walau bagaimanapun, jelas Dr Muhammad Najib, tempoh tidur yang optimum sebenarnya berbeza untuk setiap individu.

Seorang dewasa hanya perlu tidur antara enam hingga lapan jam pada waktu malam. Namun perkara yang paling penting adalah mewujudkan rutin yang tetap pada setiap hari.

“Tidur dan bangun pada waktu yang hampir sama setiap hari. Begitu juga dengan tabiat bangun lewat pada hujung minggu atau hari cuti sebenarnya tidak baik dan ketahuilah bahawa untuk jangka panjang, ia boleh memudaratkan kesihatan.

“Sebaiknya bangun awal juga jika telah menjadi kebiasaan atau rutin walaupun pada hari cuti dan ia sepatutnya tidak menjadi masalah,” kata Dr Muhammad Najib.

Bagaimana Bangun Awal Mengubah Segala-galanya

Ambil masa untuk mengkaji rancangan, lakukan pengubahsuaian jika perlu. Catatkan tindakan yang perlu diambil, berikan keutamaan kepada senarai A dan B. Lakukan senarai A terlebih dahulu. Cuba selesaikan tugasan paling sukar atau rumit pada sebelah pagi sewaktu anda masih segar dan bertenaga.

Bersenam

Senaman pagi merangsang tubuh dan minda, merungkaikan masalah, merembeskan endorfin dan membolehkan minda untuk lebih kreatif sepanjang hari. Untuk menguasai hari, anda perlu sihat, cergas dan aktif dari segi fizikal dan mental. Bersenam juga berupaya mengurangkan stres.

Banyak aktiviti senaman yang boleh dilakukan pada waktu pagi antaranya senaman 15 minit yang pantas termasuk crunches, jumping jacks, push ups, skuat, senaman dumbbell dan pilihan untuk kardio, jika anda bukan jenis yang gemar pergi gim, anda boleh beriadah di taman dan berjalan laju selama 20 minit.

Solat / Meditasi

Menenangkn minda, mengurangkan stres, membuatkan fikiran lebih jelas dan tenang. Berikan masa kepada diri dan bersyukurlah. Buatkan senarai perkara yang anda perlu rasa bersyukur. Sebelum anda memulakan sesuatu, bayangkan tiga perkara yang anda merasa sangat bersyukur. Cuba fikirkan untuk tiga perkara yang berbeza setiap hari.

Jangan Buka E-mel Sebelum Tengah Hari

Kedengaran mudah, namun tiada siapa yang melakukannya. Ia memerluka latihan namun percayalah, semuanya boleh ditangguhkan sehingga beberapa jam kemudian. Lakukan sesuatu yang lebih penting berbanding membaca e-mel di waktu pagi.

Mengarang / Menulis

Menurut Michael Hyatt, pengarang buku Platform: Get Noticed in a Navy World, mengarang di waktu pagi membantunya memproses kejadian-kejadian sebelumnya, membuatkan pemikiran lebih jelas, memahami konteks kehidupan, mengenalpasti emosi yang dirasai, merekodkan pembelajaran yang penting dan bertanya soalan yang penting.

Simpan buku nota kecil untuk idea-idea kreatif yang muncul tatkala anda sedang bersenam, solat/meditasi atau bersarapan. Tidak kira bagaimana gilanya idea itu, tulis pada buku anda. Renungkan di penghujung hari untuk melihat apakah ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Terus Belajar

Individu berjaya tidak pernah berhenti belajar. Gunakan masa berkualiti anda pada waktu pagi untuk membaca artikel perniagaan atau sesuatu yang memberi inspirasi atau mendengar ulasan buku melalui DVD semasa sedang menaiki kenderaan ke tempat kerja.

Amalan Pemakanan Yang Sihat

Anda mungkin pernah mendengar, sarapan adalah hidangan paling penting. Jadi rancang dan masukkan dalam jadual harian anda untuk menikmati hidangan sarapan yang sihat dengan protein dan karbohidrat kompleks bagi membebaskan tenaga yang diperlukan sepanjang hari. Antaranya termasuklah oat, yogurt Greek, telur dan ESP.

‘Masalah’ Bila Bangun Awal

Berasa sangat letih pada waktu pagi

Adalah sesuatu yang normal apabila bangun pagi, anda berasa seperti tidak boleh berfungsi. Caranya, minum air, lebih banyak bergerak dan minum sedikit kopi atau teh matcha (serbuk teh hijau). Tidur sebentar pada waktu tengah hari juga membantu jika anda berasa letih.

'Masalah' Bila Bangun Awal Pagi
‘Masalah’ Bila Bangun Awal Pagi

Tiada Masa Bersama Pasangan

Tidur awal bermakna anda tiada masa dengan pasangan. Terdapat beberapa pilihan, ajak pasangan untuk bangun awal sama ada untuk solat, minum kopi atau bersenam bersama. Jika tidak, mencuba mencari masa pada waktu siang, barangkali pada sebelah petang atau hujung minggu.

Anda bukan yang jenis bangun awal pagi

Ramai yang beranggapan mereka tergolong dalam kumpulan ini sebelum mencuba – pernah mencuba bangun satu atau dua jam lebih awal satu atau dua kali, dan tidak menyukainya kerana berasa sangat letih.

Sebab itulah ianya sangat penting untuk anda perlu mencubanya perlahan-lahan. Ia bukan sebab anda seorang yang tidak boleh bangun awal pagi, cuma perubahan yang cuba anda lakukan terlalu pantas dan menyakitkan. Tetapi tidak dinafikan sesetengah orang lebih fokus pada waktu tengah malam (pagi bukan masa mereka).

Credit : Majalah iSihat

Namun, adakalanya faktor kekurangan nutrisi juga mempengaruhi kualiti tidur seseorang. Kekurangan kalsium akan menyebabkan kekejangan, badan terasa lenguh serta tubuh rasa tidak selesa sekali gus mengganggu tidur yang berkualiti dan mencukupi. Begitu juga dengan tekanan mental atau depresi.

Ostematrix Shaklee sangat membantu membekalkan keperluan kalsium dan magnesium kepada tubuh. Dengan Ostematrix, kita akan dapat mengatasi masalah-masalah kekejangan, lenguh-lenguh dan tubuh berasa tidak selesa.

Omega Guard Shaklee  pula membantu membekalkan asid lemak Omega-3 yang lengkap dengan DHA, EPA dan ALA bukan sahaja bagus untuk kesihatan otak, malah membantu menangani depresi. Jadi, jika anda mengalami masalah tidur yang berkualiti, sila dapatkan vitamin untuk tidur nyenyak dengan segera.

Jom amalkan rutin bangun di awal pagi dan nikmati kebaikan dan kelebihannya. Jangan lupa ya untuk terus mandi sejurus bangkit tidur. Mandi dengan air sejuk sebelum matahari terbit adalah petua untuk awet muda, minda yang cerdasm bagus untuk kesihatan jantung dan banyak lagi.

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh juga menghubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @starla.my
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

 

3 thoughts on “Kebaikan Bangun Awal Pagi Untuk Orang Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge