Perut Kembung Dan Keras Selepas Menjamu Juadah Raya

Perut Kembung Dan Keras Selepas Menjamu Juadah Raya. Setiap kali syawal menjelma, masalah utama yang dihadapi adalah kesukaran mengawal selera makan setelah sebulan berpuasa. Hidangan pagi raya seolah olah memanggil untuk dicuba kesemuanya, hasilnya perut anda mula meragam ketika inilah ungkapan 80 peratus penyakit berpunca daripada perut atau perut sarang penyakit dipersetujui ramai.

Perut Kempung Selepas Menjamu Juadah Raya
Perut Kempung Selepas Menjamu Juadah Raya

LUPA, atau kerana tidak terdaya melawan godaan nafsu ketupat, lemang, rendang, masak lodeh, kuah kacang dan beraneka lagi hidangan raya, membuatkan anda menjadi gelojoh menikmati hidangan. Sedar atau tidak kesemua hidangan tersebut tinggi lemak yang boleh menyebabkan perut terkejut (perut kembung).

Lantaran itu, jangan terlalu ghairah menikmati hidangan secara sekali gus di pagi Syawal kerana perut akan mengalami masalah untuk memprosesnya.

Perut kembung boleh difahami sebagai rasa tidak selesa yang berlaku dalam perut kerana berlakunya perubahan-perubahan secara mendadak. Rasa tidak selesa ini mungkin berbeza bagi setiap individu.

Ada yang merasakan seperti senak perut, pedih ulu hati, sebu atau angin di dalam perut. Sekiranya ia dibiarkan kemungkinan rasa tidak itu akan melarat hingga menjadi pedih atau sakit perut.

Corak pemakanan seperti jumlah kuantiti makanan yang diambil, kekerapan makanan diambil, waktu makanan diambil, waktu makanan dimakan dan jenis makanan dikenal pasti boleh meningkatkan risiko masalah ini, jelasnya.

Bagaimanapun, ia boleh dielakkan sekiranya anda mempunyai kesedaran diri. Bagi mengelakkan ketidakselesaan perut semasa perubahan daripada puasa ke hari raya, kita hendaklah memastikan perubahan pengambilan makanan pada pagi raya tidak berlaku secara mendadak.

Waktu makan merupakan faktor pertama yang perlu dititikberatkan. Pastikan kita mematuhi waktu makan dalam lima waktu yang tetap iaitu:-

  • sarapan pagi disarankan seawal pagi sebelum pukul 8.00 pagi,
  • minum pagi pula selepas jam 10.00 pagi,
  • makan tengah hari disyorkan pada pukul 12.00 hingga 1.00 tengah hari,
  • minum petang sekitar 4.00 hingga 5.00 petang,
  • makan malam pula pada 7.00 hingga 8.00 malam.

Punca Utama Perut Kembung Di Hari Raya

Faktor pertama, cuba elakkan makan secara berulang-ulang tanpa sebarang sekatan waktu. Tabiat ini boleh menyebabkan kita makan secara berlebihan akibat tidak sedar jumlah makanan yang dimakan seterusnya meningkatkan risiko perut  kembung ini.

Faktor kedua pula, jumlah makanan diambil. Makanan pertama di ambil pada awal pagi Aidilfitri sangat penting. Mulakan sarapan pagi dengan mengambil dua hingga tiga ketul kurma atau buah-buahan terlebih dulu beserta air panas. Kemudian kita teruskan sarapan dengan mengambil makanan yang ringkas sebagai permulaan hari. Contohnya roti, bijirin, sarapan atau kuih.

Jika inginkan juadah raya sebagai sarapan, pilih juadah raya yang ringkas, kurang berminyak dan kurang pedas. Contohnya tiga ketul ketupat nasi [tiga ketul = 50g=240 kalori], beserta rendang ayam kering [ tiga ketul kecil ayam = 50g = 100 kalori]. Pastikan kalori sarapan pagi di hari raya adalah sekitar 300-400 kalori sahaja.

Manakala bagi waktu minum pagi dan petang, cadangan pengambian kalori adalah 250 kalori, seterusnya untuk waktu makan tengahari dan malam disarankan pengambilan kalori tidak melebihi 500 kalori setiap waktu. Jumlah kalori ini adalah bagi mencapai total 1800 kalori sehari bagi seorang dewasa.

Selain itu jenis makanan juga memainkan peranan. Elakkan makanan yang tinggi penggunaan minyak pada waktu sarapan pagi dan makan malam terutamanya untuk mengelakkan perut kembung.

Air gas berperisa juga tidak digalakkan kerana ia boleh menambah rasa kurang selesa perut. Kurangkan makanan dan minuman manis dan pastikan kita tetap mengambil enam hingga lapan gelas air masak sepanjang hari.

Jangan lupa juga mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Kedua-dua kumpulan makanan ini membantu kita kekal sihat sepanjang Aidilfitri dan membantu mengatasi masalah perut kembung di hari raya.

Oleh sebab ramai yang mengamalkan diet yang tidak sihat di hari raya, perut kembung atau perut terkejut ini merupakan fenomena biasa dan seakan-akan “epidemik”. Hal ini kerana, tahap tekanan darah yang tinggi, keperluan ubatan harian, dan pendedahan kepada pelbagai bahan pencemar, maka tidak hairan mereka lebiih banyak mengalami perut kembung dan ini adalah salah satu daripada punca perut kembung.

Perut kembung memang tidak menyelesakan dan lebih memalukan apabila ada angin dan terpaksa ke tandas. Hal ini sebenarnya lebih daripada itu. Perut kembung kadangkala menandakan masalah kesihatan serius yang tidak diketahui.

Simptom Perut Kembung

Perut kembung terjadi apabila udara memenuhi ruang sistem pencernaan yang menyebabkan perut buncit dan tidak selesa. Ada sesetengah orang bergurau menyatakan mereka kelihatan “mengandung” apabila perut kembung dengan teruk. Perut kembung berbeza daripada lemak yang terkumpul pada bahagian perut, kerana kembung bersifat sementara dan biasanya terjadi apabila udara terkumpul pada abdomen, menyebabkan perut buncit.

Dalam sesetengah kes, perut kembung tidak menimbulkan masalah. Hal ini boleh diatasi dengan mengubah serba sedikit cara diet dan rutin harian. Apabila terasa senak, berangin, dan sakit pada bahagian abdomen, lihat sama ada perut kembung berlaku dengan simptom-simptom lain di dalam badan. Apabila perut anda kembung, cuba lihat simptom-simptom lain, seperti

  • Demam
  • Ruam kulit dan gatal-gatal
  • Mata berair, tekak gatal, dan tanda reaksi alrgi yang lain
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Muntah atau mual
  • Darah dalam urin atau najis
  • Penurunan berat badan secara tiba-tiba
  • Masalah untuk ke bilik air
  • Sakit di sekitar nodus limfa, termasuk groin, tekak dan ketiak
  • Kelesuan
  • Brain fog dan masalah penumpuan
  • Buasir

10 Punca Perut Kembung

  1. Gangguan Pencernaan

    Kebanyakan orang mengalami pelbagai gangguan pencernaan seperti IBS, kolitis berulser, dan penyakit seliak mempunyai perut kembung, berangin, distensi dan simptom lain. Terdapat laporan menunjukkan bahawa perut kembung dialami oleh 23 hingga 96 peratus orang dengan IBS, 50 peratus dengan dyspepsia dan 56 peratus dengan sembelit kronik.

  2. Penahanan Air (Fluid Retention – Disebut Edema atau Asites)

    Kadangkala cecair badan boleh disimpan di sekitar tubuh badan, termasuk berdekatan abdomen atau kawasan pelvis yang menyebabkan perut kembung dan pertambahan berat badan sementara. Anda mungkin perasan baju dan barang kemas agak ketat, bengkak, dan sakit-sakit sekitar sendi dan kulit. Ini boleh berpunca daripada kegagalan hati atau hepatitis, kekuningan kulit (jaundis), perubahan warna putih pada mata dan kesakitan pada bahagian abdomen.

  3. Dehidrasi

    Anda sedar atau tidak apabila anda makan makanan masin atau minum alkohol, anda akan mengalami dehidrasi dan perut kembung? Lebih banyak anda minum air dan kekal hidrat, anda akan kurang mengalami perut kembung. Dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit akan mengganggu pencernaan. Apabila badan anda cuba pulih daripada dehidrasi, badan akan menahan air berlebihan untuk mengelakkan perkara tersebut berulang. Anda akan jadi sembelit. Ini bermakna apabila anda mula minum lebih banyak cecair, anda akan berasa bengkak badan.

  4. Sembelit

    Ini mungkin punca utama perut kembung. Anda perlu ke tandas! Sembelit menyebabkan najis tinggal di dalam usus, dan anda berasa sakit perut, tidak selesa dan berangin. Punca utama sembelit adalah kurang makan makanan berserat, tidak minum air secukupnya, gaya hidup yang tidak sihat, kurang bersenam dan stres.

  5. Alergi Makanan atau Sensitiviti

    Alergi makanan, sensitiviti (seperti alergi pada laktosa) seringkali menjadi punca perut kembung dan berangin. Makanan yang menyebabkan angin termasuk produk tenusu, makanan mengadungi gluten (roti, pasta, bijirin dan lain-lain) dan sesetengah karbohidrat yang dikenali sebagai FODMAPs. Terdapat banyak lagi alergi makanan (seperti kerang, kekacang, telut) tetapi anda pasti tahu apa yang tidak sesuai kerana anda akan mengalami simptom tertentu. FODMAPs agak sukar dikenalpasti kerana setiap orang adalah unik dan mempunyai toleransi tersendiri. Diet penyisihan (diet penyingkiran) boleh membantu anda mengelpasti makanan yang menyebabkan perut kembung (epal atau avokado) kerana makanan ini tidak dihadamkan sepenuhnya.

  6. SIBO (Small Intestine Bacterial Overgrowth)

    SIBO berpunca daripada bakteria abnormal tahap tinggi yang tinggal dalam salur pencernaan, biasanya di usus, bakteria ini boleh bertambah setelah mengambil antibiotic atau keradangan dan pencernaan yang lemah. Biasanya, pelbagai jenis bakteria berada dalam keseimbangan dalam usus besar, dan membantu penyerapan nutrien panting, tetapi apabila bakteria merbahaya mengambil alih, kerosakan pada lapisan perut akan berlaku dengan pelbagai simptom. Ada makanan yang boleh menyebabkan simptom SIBO dan sensitiviti dalam salur pencernaan, termasuk FODMAPs yang boleh ditapaikan secara tidak normal semasa perncernaan.

  7. Jangkitan

    Perut anda boleh kembung dan bengkak jika ada jangkitan kerana keadaan ini meningkatkan tahap keradangan, disebabkan peningkatan bilangan sel darah putih di kawasan pelvik, urinari dan organ gastrointestinal. Cari tanda demam, kemerahan dan sakit, dan bengkak pada nodus li mfa yang biasanya terjasi dengan jangkitan serius.

  8. Gangguan Usus Besar

    Kadang kala perut kembung yang teruk disertai sembelit, mual dan muntah disebabkan gangguan usus besar, akibat parut tisu atau tumor. Apabila ini berlaku dan menekan usus besar, cecair dan najis akan tersekat dan dihalang oleh usus besar. Anda tahu ini masalah yang timbul kerana keadaannya sangat sakit dan menghalang anda untuk ke tandas secara normal.

  9. Perubahan Hormon

    PMS juga menjadi punca perut kembung dan isu pencernaan, kerana menjadikan anda sembelit dan berlaku penahanan cecair. Ini perkara biasa kecuali jika anda menyedari ada simptom serius seperti kitaran haid tidak sekata, fibroid atau kejang teruk. Perut kembung sebelum dan semasa haid boleh berbeza bergantung kepada kitaran anda, dan terdapat wanita yang mengalami penahan air yang teruk sehingga dua minggu. Mengapa wanita mengalami perut kembung sebelum, semasa dan selepas kitaran haid?

    Ketika hari-hari  pertama kitaran, kadangkala disebut peringkat folikular, tahap estrogen meningkat dan lapisan uterus menebal. Perut kembung menjadi kuat ketika ovulasi dan lebih banyak cecair dan darah dibina. Apabila wanita datang haid, cecair berlebihan, tisu dan darah akan keluar dan perut kembung akan berkurangan.

  10. Kanser

    Ini bukan sebab mengapa kebanyakan orang mengalami perut kembung, tetapi satu tanda kanser kolon atau uterus ialah kembung perut. Maka penting untuk berbincang dengan doktor jika ansa telah menggunakan semua cara untuk mengurangkan perut kembung tetapi tidak dapat dikenalpasti punca sebenar simptom yang anda hadapi.

Makanan Terbaik dan Tidak Baik Untuk Perut Kembung

Diet harian memainkan peranan penting untuk mengawal jumlah kandungan air dan najis yang terperangkap dalam salur pencernaan. Bagi melancarkan semuanya, pastikan anda makan makanan tinggi serat, 25-30 gram sehari atau lebih. Ini tidak menjadi masalah sekiranya anda mengambil makanan penuh, termasuk sayuran, buah-buahan, kekacang/bijirin, dan beberapa jenis bijian. Ini boleh membantu anda mengenalpasti simptom yang berlaku selepas memakan makanan yang boleh menyebabkan perut kembung. Namun anda perlu ingat bahawa perut kembung terjadi akibat gaya hidup anda, bukan sekadar makanan yang anda makan.

Sumber Makanan Untuk Mengatasi Masalah Perut Kembung

  • Probiotik
    “Bakteria baik” diberi nama probiotik bertindak sebagai serangga perut dalam salur pencernaan, membunuh bakteria jahat yang mengganggu isu dan reaksi pencernaan. Anda boleh mengambil makanan tambahan probiotik diperoleh daripada makanan seperti kimchi, saurerkraut, yogurt, kefir dan kombucha.
  • Tenusu Mentah
    Makan tenusu mentah lebih baik daripada yang boleh didapati di pasaraya, kerana telah dipasteurkan / dihomogenkan. Proses pembuatan telah membunuh enzim yang diperlukan untuk pencernaan yang baik. Orang yang mempunyai masalah tidak toleran dengan laktosa juga boleh mengambil tenusu mentah tanpa ada kesan sampingan. Ini juga membantu mengelakkan yogurt berperisa yang mengandungi bahan-bahan tiruan, makan keju mentah berbanding keju lembut, dan makan kefir / yogurt berbanding susu yang rendah laktosa.
  • Sayuran dan buah-buahan yang banyak air
    Sayuran dan buah-buahan yang mempunyai banyak air, elektrolit dan enzim berfaedah adalah sesuai untuk mengatasi perut kembung. Cuba makan lebih banyak sayuran mentah, timun, saderi, jintan hitam, articok, tembikai, beri, sayur kukus dan sayuran yang ditapai.
Teh Hijau Bantu Redakan Perut Kembung
Teh Halia Panas Bantu Redakan Perut Kembung
  • Herba, Rempah dan Teh
    Herba pencernaan semulajadi seperti halia, dandelion, aloe vera dan jintan hitam telah digunakan beribu-ribu tahun lamanya untuk melegakan perut yang tidak selesa. Banyak herba bertindak sebagai deuratik dan membantu dalam mengeluarkan cecair berlebihan, manakala yang lain seperti halia, membantu perut mengeluarkan kandungannya dan merehatkan otot dalam salur pencernaan, dan melegakan sembelit. Cuba makan pelbagai herba segar seperti oregano, parsley, rosemary dan lain-lain, akar halia yang segar, jus aloe vera atau gunakan minyak pati. Sup tulang dan teh hijau juga bersifat anti-radang dan pilihan yang terbaik untuk usus.

Makanan Yang Perlu Dielakkan Semasa Mengalami Perut Kembung

Sekarang mari kita lihat makanan apa yang boleh menyebabkan perut anda menjadi kembung dengan lebih teruk. Setiap orang mempunyai reaksi berbeza terhadap makanan, dan makanan dalam senarai ini mungkin  menjadi salah satu puncanya.

  1. Gula dan Snek Manis
    Gula mudah ditapaikan dalam usus, boleh menyebabkan pertumbuhan candida dan keradangan
  2. Kebanykan Produk Tenusu
    Termasuk yogurt berperisa dengan gula dan bahan tiruan, dan lain-lain kerana pengeluar akan mengeluarkan enzim penting dalam tenusu
  3. Bijirin Bertapis dan Produk Bijirin
    Gluten sukar dihadam oleh sesetengah orang, sama seperti jagung, oat, dan lain-lain
  4. Sayuran susah hadam
    Antara sayuran yang susah hadam seperti bawang putih, brokoli, kobis, kobis bunga, dan bawang yang mengandungi sulfur dan karbohidrat FODMAPs tertentu
  5. Kekacang yang boleh menyebabkan angin
  6. Air minuman bergas
  7. Gula-gula getah
  8. Buah-buahan yang boleh dijeruk seperti epal, pic, dan avocado
  9. Perisa tiruan dan alkohol seperti aspartame, sorbitol, mannitol dan xylitol

Inisiatif Untuk Mengelak Perut Kembung

1. Berbincang Dengan Doktor

Oleh sebab pelbagai gangguan, faktor dan penyakit boleh menyebabkan perut kembung, adalah lebih baik untuk menjalani ujian yang dicadangkan oleh doktor. Tiada ujian diagnostik khusus untuk mengesan punca perut kembung, tetapi doktor mungkin boleh mendapatkan maklumat tambahan dengan menjalankan ujian seperti: analisis najis, ujian darah, ultrasound untuk melihat halangan (saluran tersumbat), ujian pengosongan gastrik, manometri esofagus, ujian pernafasan, endoskopi atau kolonoskopi dan biopsi.

2. Bersenam

Menjadi aktif membantu sistem pencernaan berfungsi secara optimal kerana bersenam boleh menghalang sembelit, sistem peredaran sentiasa berlaku dan memudahkan pengaliran cecair limfa ke seluruh badan dan membantu anda untuk detoks. Cuba bersenam 30 hinga 60 minit seminggu dan lakukan aktiviti dengan aktif. Elakkan minuman manis selepas bersenam!

Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat Untuk Elak Perut Kembung
Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat Untuk Elak Perut Kembung

Adakah senaman boleh menyebabkan perut kembung? Ini boleh terjadi sekiranya anda bersenam secara berlebihan. Keadaan ini menyebabkan badan menjadi tertekan, menyebabkan badan menjadi tertekan, menyebabkan kelenjar adrenal merembeskan hormone kortisol. Pastikan rutin senaman menyokong kesihatan anda secara keseluruhan dan menyihatkan anda, bukan mengganggu tahap cecair, lemah perncernaan dan tekanan.

3. Minum Air Secukupnya

Bagi memastikan serat menjalankan tugasnya dengan baik, minum air secukupnya untuk mengelakkan perut kembung. Tiada kuantiti air yang khusus untuk anda, tetapi mulakan dengan enam hingga lapan gelas air sehari. Adalah penting untuk sentiasa hidrat bagi mengelakkan perut kembung, tetapi anda mesti pilih minuman yanga sesuai. Minuman bergas yang mengandungi bahan tiruan san pemanis boleh menyebabkan perut kembung. Air masak, air yang mengandungi potongan buah-buahan segar atau herba (lemon, limau gedang, basil, dan lain-lain) dan teh herba adalah pilihan yang sesuai.

4. Kurangkan Tekanan

Sedarkah anda apabila anda gementar, penat, sedih atau terharu, sistem pencernaan anda akan terganggu? Ini disebabkan usus dan otak anda berkomunikasi dengan rapat melalui saraf vagus, iaitu penghubung-usus- otak. Pada lapisan gastrointestinal terdapat hubungan tisu yang berkomunikasi melalui mesej hormone dan kimia kepada sistem saraf pusat, dikenali sebagai  sistem saraf enteric (ENS). ENS akan menghasilkan enzim, air liur dan rembesan untuk membantu pencernaan dan mengawal hormon yang bertanggungjawab ke atas selera anda.

Kebimbangan atau kesedihan boleh mengubah komunikasi ini dan otak akan mengubah perhatian daripada pencernaan yang baik untuk menyimpan tenaga dan digunakan di tempat lain. Tekanan yang tinggi meningkatkan tahap kortisol, mengubah tahap gula dalam darah dan mengubah cara hormon dirembeskan, kadangkala menyebabkan anda menjadi terlalu lapar, sembelit dan menyimpan cecair.

Apabila tertekan, anda akan mencari makanan untuk menenangkan diri dan akhirnya menyebabkan perut kembung. Metabolisme lembap dan sistem pencernaan dengan terlalu banyak makanan berat memberi kesan buruk. Anda harus mengamalkan pemakanan sihat dan senaman, meditasi, berdoa serta menghabiskan masa melakukan perkara yang anda suka.

5. Amalkan Peppermint Ginger Plus

Shaklee memperkenalkan produk Peppermint Ginger Plus bagi melegakan masalah angin dalam badan. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan perut kembung dan keras. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam manggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam, dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampurkan dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Peppermint Ginger Plus Jalan Keluar Untuk Masalah Perut Kembung
Peppermint Ginger Plus Jalan Keluar Untuk Masalah Perut Kembung

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh KLIK pada rajah BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam
Page : Trusted Beauty & Health

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

 

 

 

 

2 thoughts on “Perut Kembung Dan Keras Selepas Menjamu Juadah Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge