10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Mampu Mengubah Hidup Anda.

10 Amalan Pemakanan Sihat Yang Mampu Mengubah Hidup Anda. Makanan berkhasiat merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi secara normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan tenaga yang mencukupi lyang mengandungi karbohidrat, protein dan lemak secara optimum dan kandungan fiber yang mencukupi. Makan yang memberi tenaga dapat membina badan dan dapat menjauhi kita daripada penyakit.

Berikut merupakan sedikit panduan kepada anda yang gemar makan. 10 Healthy Eating Habits That Will Change Your Life. Artikel ini sedikit sebanyak membantu saya menyemak cara dan pengambilan makanan saya agar makan dengan lebih bertanggungjawab.

Berikut merupakan 10 Amalan Pemakan tersebut :-

1. Jangan Tidak Makan Karbohidrat

Sesetangah dari kita merasakan dan mempercayai dengan mengambil karbohidrat menyebabkan mereka gemuk dan mampu mengundang pelbagai penyakit. Ini mendorong mereka bertindak untuk meninggalkan pengambilan nutrien tersebut secara total serta menggantikannya dengan kaedah diet  yang lain yang mungkin menyebabkan malnutrisi.

2. Rancang Apa Yang Hendak Dimakan

Sekiranya anda berhasrat untuk mengambil makan pada waktu malam yang lebih berat seperti nasi, kentang, spegeti, anda disarankan untuk kurangkan atau elakkan pengambilan makanan berdaging dan berkanji untuk waktu makan yang lain dan begitulah seterusnya. Imbang dan rancang pengambilan kategori makanan anda.

3. Makan Tengah Hari Semahu Anda

Mungkin anda pernah dengar sarapan pagi adalah penting dan makan dengan banyak untuk memulakan hari anda tetapi ramai diantara kita tidak bersedia untuk makan dalam jumpah yang banyak seawal pagi Kebenarannya ialah waktu makan paling penting ialah waktu makan tengah hari, di mana sistem penghadaman kita telah bersedia sepenuhnya. Di waktu ini juga badan amat memerlukan makanan untuk berfungsi sepenuhnya seharian. Namun begitu, makan semahunya bukan bermakna anda boleh makan apa sahaja dalam jumlah yang banyak serentak, tetapi perlu rancang dan imbangkan sebaik mungkin.

4. Makan Makanan Berwarna Pelangi

Makan Makanan Berwarna Pelangi
Makan Makanan Berwarna Pelangi

Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.

5. Berhenti Sebelum Kenyang

Makan itu bukan untuk menjadi kenyan, sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya. Praktis ini sememangnya amat membantu kerana ianya membolehkan sistem pencernaan berfungsi dengan lebih optimum dan ini dapat mengelakkan dari perut kembung serta mengurangkan kadar risiko penyakit berkaitan usus dan perut.

6. Tetapkan Pola Makan Yang Seragam

Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak.

7. Minum Segelas Air Suam 20 Minit Sebelum Makan

Hal ini mampu mengurangkan jumlah makanan yang bakal diambil serta membantu sistem penghadaman.

8. Kurangkan Pengambilan Gula Dalam Makanan

Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

9. Mengunyah Makanan Secara Perlahan

Di dalam air liur terdapat enzim Amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan lebih baik.

10. Tidur Secukupnya

Amalkan tidur yang secukupnya bagi memastikan tubuh badan berfungsi dengan baik termasuklah sistem penghadaman.

Piramid Makanan Terkini
Piramid Makanan Terkini

 

Terdapat pelbagai kepentingan apabila kita makan makanan yang berkhasiat sepertiman yang telah dicadangkan di dalam piramid makanan untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat. Pengambilan makanan yang berlebihan bagi setiap kumpulan makanan dalam piramid makanan atau makanan tidak seimbang bukan sahaja boleh menyebabkan penambahan berat badan, malah merupakan salah satu tanda awal ransangan terhadap setiap risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis, dan osteoporosis.

Credit : Laman Sesawang Rasmi Institut Sukan Negara

For more info and to order/join Shaklee, you may reach me at:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @vitadiary.my
Facebook : Syakilla Azam (Leader Bisnes Shaklee)
Page : Trusted Beauty & Health

Thank you for reading this entri !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge