Tabiat Membaca : Adakah Baik Untuk Kesihatan atau Memudaratkan?

Tabiat Membaca : Adakah Baik Untuk Kesihatan atau Memudaratkan? Membaca sebenarnya bukan sahaja memberi manfaat dalam menambah ilmu pengetahuan malah dengan membaca ia juga dikatakan memberi satu kelebihan terhadap ransangan otak.

Tabiat Membaca : Adakah Baik Untuk Kesihatan atau Memudaratkan? Tabiat Membaca : Adakah Baik Untuk Kesihatan atau Memudaratkan?[/caption]

Terdapat beberapa kajian saintifik yang juga mengukuhkan kenyataan tersebut. Hasil keputusan kajian tersebut mengaitkan membaca dengan kesihatan otak di usia emas. Ini juga menjelaskan bahawa jika seseorang membaca secara kerap sepanjang hidupnya, keputusan menunjukkan terdapat peningkatan kapasiti mental selari dengan peningkatan usia.

Sebaliknya berlaku sekira seseorang yang kurang membaca boleh menyebabkan kadar kemerosotan fungsi minda sehingga 48 peratus lebih cepat daripada seseorang yang otaknya aktif kerana membaca. Ada kajian lain juga membuktikan bahawa tabiat membaca juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer (nyanyuk).

Sehubungan dengan itu, membaca sebenarnya dapat memberi ransangan positif kepada otak dimana tempoh tertentu untuk membaca bagi mendapat kesan yang maksimum terhadap otak.

Fungsi otak berbeza menurut ritma kitaran tubuh. Perubahan tahap hormon dalam tubuh berubah-ubah mengikut waktu dalam sehari (perkalaan diurnal sirkadian). Oleh yang demikian, waktu terbaik untuk membaca bagi mengingati pelbagai fakta untuk kegunaan segera, misalnya untuk mengingati tarikh-tarikh tertentu dengan segera adalah pada waktu pagi.

Waktu pagi adalah waktu yang terbaik untuk meningkatkan daya ingatan jangka pendek. Sebaliknya mereka yang membaca pada lewat malam merupakan waktu terbaik untuk mengingati sesuatu bagi tempoh jangka panjang.

Namun, bagi golongan pelajar, mereka perlu mengetahui tentang hal ini. Dengan mempraktikkan kaedah seperti ini sebenarnya ia dapat membantu mereka menguruskan masa dan usaha dengan lebih mudah dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar. Lakukan rutin menelaah pada waktu malam dan melakukan ulangkaji ringkas pada pagi sebelum peperiksaan.

Mengurangkan Stress

Jika sebelum ini dikatakan mendengar muzik dan meminum kopi dapat membantu mengurangkan rasa stress. Namun ketahuilah dengan membaca juga depat mengurangkan tahap tekanan yang dirasai.

Pakar Perunding Psikiatri mengakui ada benarnya kenyataan tersebut, ditambah pula terdapat beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa membaca boleh mengurangkan stress. Satu kajian di Universiti Sussex (2009) misalnya, telah membuktikan bahawa membaca boleh mengurangkan stress sehingga 68 peratus.

Ia didapati lebih berkesan untuk mengurangkan stressberbanding teknik-teknik mengurangkan stres yang lain seperti mendengar muzik atau meminum secawan kopi. Kajian tersebut menyimpulkan bahawa individu yang membaca selama enam minit sahaja boleh menunjukkan penurunan kadar degupan jantung, ketegangan otot dan tahap stress .

Membaca Mengurangkan Stress
Membaca Mengurangkan Stress

Ia barangkali tercapai kerana membaca membawa minda kita ke alam imaginasi yang bebas daripada kekangan dan tekanan kehidupan harian.

Maka tidak hairanlah jika membaca dikatakan melarikan seketika daripada rasa tekanan yang dilalui dalam kehidupan seharian. Ambil buku dan gunakan ruang sekeliling yang mendamaikan bagi meredakan rasa sesak yang dialami dalam jiwa dan juga minda.

Namun, harus diingatkan juga bahawa bahan bacaan juga dapat mempengaruhi penurunan rasa stress anda. Pilihlah bahan baccan yang sesuai dan sememangnya mendatangkan rasa seronok tika membacanya. Mungkin membaca berita-berita terkini yang ada si salam surat khabar tidak dapat membantu kerana ia boleh mencetuskan rasa marah atau empati lain.

Cegah Penyakit Mental

Selain daripada mengurangkan rasa stres, ada juga penemuan yang membuktikan dengan membaca sebenarnya dapat mencegah penyakit mental. Pada kurun ke 18, Joseph Addison dan Sir Richard Steele pernah menulis “Kesan Membaca kepada Minda adalah seperti (kesan) Senaman kepada Tubuh Badan”.

Maksudnya, jika kita sering mengisi masa dengan membaca, kita sebenarnya telah melatih minda kita untuk lebih aktif dan aktiviti otak yang pasif seperti masalah lupa, nyanyuk dan sebagainya.

Kemudian beberapa dekad selepas itu, kenyataan tersebut telah dapat dibuktikan secara saintifik. Menurut Dr. David Lewis yang melakukan kajian di Universiti Sussex di atas, membaca jelas sekali membantu mengurangkan stres dan meningkatkan tahap relaksasi seseorang individu.

Cegah Penyakit Mental Dengan Membaca
Cegah Penyakit Mental Dengan Membaca

Ia buka sekadar mangalih perhatian seseorang kepada sesuatu yang lain, malah menarik perhatian seseorang ke alam imaginasi selari dengan pergerakan mata menangkap erti perkataan di halaman bercetak turut merangsang kreativiti. Melalui proses tersebut, minda beralih ke satu tahap sedar yang berbeza dan menenangkan. Ketenangan yang dicapai memang boleh membantu mengurangkan risiko masalah mental akibat stres.

Bukan itu sahaja, membaca buku bergenre usaha diri telah terbukti efektif membantu seseorang menangani penyakit mental. Malahan ramai doktor kini menggunakan buku-buku sedemikian sebagai sebahagian daripada preskripsi rawatan mereka, contohnya untuk menangani kemurungan (depression) dan keresahan (anxiety disorder).

Menurut pakar psikologi, bahawa tiadda amasalah tentang bentuk media yang dibaca, apabila ada yang mempertikaikan tahap fokus berkurangan tatkala membaca bahan bacaan berbentuk digital seperti di dalam telefon pintar atau komputer berbanding bahan bacaan yang bercetak seperti buku.

Tegas beliau, paling penting adalah bahan bacaan itu sebaik-baiknya adalah sesuatu yang menghiburkan dan berjaya membawa fikiran seseorang ke suatu alam berbeza dan merangsang minda.

5 TIPS KEDUDUKAN MEMBACA

Lazimnya kita ada pelbagai postur semasa membaca, bukan? Bergantung pada situasi, mood dan medium yang sedang kita gunakan. Rata-rata akan berada di dalam kedudukan duduk semasa membaca, tidak kurang juga ada yang membaca sambil berbaring di atas tilam dan ada juga yang membaca mengikut postur keselesaan masing-masing.

Tetapi, menurut sumber Times di India, ada beberapa postur dan kedudukan yang sesuai boleh dipraktikkan semasa membaca. Anda boleh mencuba beberapa kedudukan berikut:-

5 TIPS KEDUDUKAN MEMBACA
5 TIPS KEDUDUKAN MEMBACA

Duduk dengan selesa

Sebelum memulakan bab menarik dalam buku yang dipegang, perkara yang perlu diutamakan adalah pilih kedudukan yang selesa, jika tidak badan anda sakit dan bahananya tidak boleh memberi fokus pada pembacaan. Penting untuk anda memastikan peredaran darah yang lancar ke seluruh badan dengan menentukan kedudukan kerusi yang betul.

Beri Sokongan Pada Kaki

Jika anda ingin duduk pada postur yang santai, anda boleh menyokong kedudukan kaki dengan meletakkan alas seperti kusyen kecil. Keadaan yang selesa dapat membantu anda memberi tumpuan penuh pada bahan bacaan.

Sokongan Pada Belakang

Jangan lupakan juga pada keselesaan belakang selain daripada kaki ! Memberi sokongan kepada belakang ialah satu kemestian tika duduk. Berada dalam keadaan membongkok ke hadapan boleh memberi kesan kepada leher dan belakang. Pastikan anda duduk secara tegak dan elakkan daripada membaca dalam keadaan membongkok. Tindakan itu akan mengundang sakit belakang dan memberi ketidakselesaan kepada anda.

Mata

Mata antara organ penting yang digunakan semasa membaca. Jadi, semasa membaca, pastikan anda selesa dengan jarak antara mata dan buku. Sebagai tambahan, anda boleh menggunakan bantal kecil untuk menyokong siku dan lengan semasa memegang buku.

Rehat

Sejujurnya, segala perkara yang kita lakukan perlukan rehat. Begitulah juga dengan membaca, cuba beri ruang kepada diri sendiri untuk berehat daripada terus memberi fokus kepada bacaan semata-mata. Anda boleh selitkan dengan secawan kopi ataupun sedikit senaman regangan badan yang ringan supaya aktiviti sebegini mampu memberi sedikit ruang rehat dalam tempoh membaca.

Manfaat Membaca

Membaca mengurangkan stres lebih daripada :-

  • mendengar muzik 65%
  • minum teh 100%
  • berjalan 300%
  • bermain video games 700%

Membaca dan Minda

  • Membaca adalah perangsang memori yang efektif
  • Membaca meluaskan perbendaharaan kata
  • Membentuk kemahiran analitis
  • Membaca dikaitkan dengan risiko rendah dimensia
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi
  • Meningkatkan keupayaan untuk fokus.

Mereka yang gemar membaca dilaporkan mempunyai kesihatan mental yang baik atau cemerlang 63% vs 56% yang tidak membaca.

Membaca dan Kanak-kanak

Membaca dengan kuat kepada anak merangsang perkembangan otak, selain :-

  • Hubungan yang lebih rapat dengan ibu bapa
  • Membantu mereka berdepan dengan pergelutan sosial
  • Meningkatkan daya tumpuan dan disiplin
  • Menimba pengalaman baru
  • Kejayaan akademik yang lebih awal
  • Asas kemahiran bertutur

Dalam keseronokan membaca, kanak-kanak memperolehi ilmu berkaitan :-

  • Perhubungan yang matang
  • Nilai-nilai peribadi
  • Identiti budaya
  • Keselamatan fizikal
  • Pilihan estetik
  • Kefahaman mengenai dunia fizikal

Membaca 6 Minit

  • mengurangkan stress sehingga 60%
  • memperlahan degupan jantung
  • melegakan tegangan otot dan mngubah minda

Membaca dan Kejayaan

Mereka yang gemar membaca lebih cenderung untuk memiliki rumah sendiri dan kurang berdepan risiko perceraian.

Mereka yang gemar membaca mempunyai pendapatan yang lebih tinggi.

Membaca dan Lain-lain

Membaca meningkatkan empati

  • 40% pembaca menjadi sukarelawan kepada organisasi yang tidak mementingkan keuntungan vs 25% yang tidak membaca
  • 82% pembaca menderma wang atau barang-barang vs 66% yang tidak membaca
  • 71% pembaca melakukan sesuatu yang menyenangkan jiran tetangga dalam tempoh beberapa bulan yang lepas.

Buku Fizikal atau Buku Maya?

Membaca buku atau e-buku?

Penyelidik Universiti Harvard mendedahkan membaca e-buku berbanding buku fizikal sebelum tidur menyebabkan anda memerlukan masa yang lebih lama untuk melelapkan mata. Kesannya kualiti tidur tidur anda terganggu dan anda berasa letih keesokan harinya.

Untuk itu, pakar menyarankan anda mengurangkan tempoh pendedahan kepada e-buku pada waktu malam.

Tubuh kita diselaraskan dengan ritma siang dan malam oleh ‘internal body clock’, yang menggunakan cahaya untuk mengenalpasti masa.

Tetapi cahaya biru, gelombang yang lazimnya digunakan oleh telefon pintar, tablet dan pencahayaan LED, mampu menngganggu jam tubuh. Pendedahan cahaya biru pada waktu malam boleh memperlahankan atau mencegah pengeluaran hormon tidur, Melatonin.

Buku Fizikal atau Buku Maya?
Buku Fizikal atau Buku Maya?

Menurut ketua Penyelidik, Professor Charles Czeisler, ” Cahaya yang dipancarkan daripada e-buku bersinar secara langsung ke dalam mata pembaca. Sebaliknya, jika membaca buku fizikal, anda hanya terdedah kepada cahaya yang dipantulkan ke muka surat buku.

Tidur yang terganggu boleh menjejaskan kesihatan. “Kurang tidur telah dibuktikan meningkatnya risiko penyakit kardiovaskular dan metabolik seperti obesiti dan diabetes serta kanser” katanya lagi.

Begitu pentingnya untuk kita mengambil berat setiap rutin harian kita untuk memastikan setiap satunya tidak memudaratkan kesihatan khususnya untuk diri kita dan juga keluarga.

Credit: Majalah iSihat

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik untuk diri saya dan keluarga saya. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

Saya pasti, anda pun pasti inginkan yang terbaik untuk diri anda dan juga keluarga bukan? Kini, pilihan ditangan anda. Semoga perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada anda.

Anda rasa perlukan suplemen tapi tak tahu bagaimana nak bermula?

For more info and to order/join Shaklee, anda boleh klik je button “Contact Me” kat bawah ni:

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

19 thoughts on “Tabiat Membaca : Adakah Baik Untuk Kesihatan atau Memudaratkan?

  1. saya dominan membaca blog berbanding buku sekarang ini…

    dulu baca buku boleh habis seminggu..

    sekarang baca buku dua minggu pun belum tentu habis,,

  2. Sebelum ni saya jenis suka baca buku online mean that e-buku dari smartphone. Sebenarnya kalau ikut memang mudah, tapi kurang feel macam kita pegang dan baca buku fizikal contoh macam baca majalah mastika hehe.

    Yang penting dapat info baru dari artikel ni, membaca boleh cegah penyakit mental. Terima kasih sudi berkongsi info yang bermanfaat 🙂

    1. Yup, membaca mengguna medium apa pun sebenarnya bagus sangat..cuma kalau menggunakan phone, cuba untuk set kan kepada reading mode.. supaya ia tak buat mata kita stress..

  3. Hakak ni mmg kurang suka membaca Killa lebih lagi membaca bab ilmu pengetahuan hihi… bab bab hiburan, baca blog suka le ….
    Harap harap diambil kira jugalah hendaknya…

  4. membaca salah satu kebaikannya menguatkan ingatan.. dan ada juga orang cakap jika tabiat membaca dari kecil sampai ke tua akan melambatkan nyanyuk jika berumur panjang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge