Tips Masakan Sedap Tanpa MSG atau Penambah Perasa

Tips Masakan Sedap Tanpa MSG atau Penambah Perasa. MSG bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia. Menjanjikan masakan yang sedap dan mampu menambah selera individu menjadikan MSG suatu keperluan di restoran dan juga di setiap rumah.

Malah keperluannya telah memberikan inovasi kepada kepelbagaian perasa tambahan yang muncul di pasaran untuk kegunaan yang lebih spesifik seperti perencah segera nasi goreng kampung.

MSG atau singkatan kepada Monosodium Glutamate adalah kombinasi sodium (natrium) dan asid glutamik yang digunakan sebagai penguat rasa kepada makanan. Asid glutamik (asid amino) secara semula jadinya diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. MSG dikategorikan sebagai non-essential asid amino yang mana boleh dihasilkan oleh tubuh manusia sendiri.

Hampir kesemua makanan mengandungi MSG termasuklah makanan ringan dan semestinya makanan utama harian. Namun, dalam menikmati keenakannya ia menjadi persoalan oleh ibu bapa dan pengguna lain tentang kesan sampingannya. Hal ini kerana banyak spekulasi tentang pengambilannya menyebabkan impak negatif kepada kesihatan.

Baru-baru ini sebuah syarikat pengeluaran perasa makanan memberitahu selain melazatkan makanan, produknya mampu mengurangkan risiko darah tinggi dan masalah-masalah kesihatan lain. Ia juga menggalakkan pengambilan nutrient bagi kanak-kanak dan warga emas. Mendengar informasi ini memberikan kelegaan buat mereka yang setia dengan penggunaan penambah perasa makanan dalam masakan.

Berita baik ini perlu difahami oleh pengguna. Hal ini mungkin kerana kandungan natrium dalam MSG adalah rendah bersamaan 1/3 daripada garam. Dengan itu kombinasi kuantiti MSG yang sedikit garam membantu mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Secara logik ia baik untuk elak pengambilan garam berlebihan.

Berfikir sejenak, benarkah ia tidak merbahaya? Jika benar bagaimana pula dengan kajian yang telah dijalankan bertahun lamanya oleh pakar kaji selidik yang bertauliah mendapati MSG memberi kesan buruk terhadap kesihatan? Bagaimana dengan kenyataan oleh Dr. Bill Misner tentang hasil uji kaji suntikan Glutamat ke atas haiwan makmal telah menyebabkan kerosakan sel saraf otak dan obesiti.

Pertubuhan Ubat dan Makanan (FDA) mengesahkan perasa tambahan MSG sebagai ‘Generally Recognize As Safe’ (GRAS) atau secara umumnya ia selamat digunakan.

Menurut Pakar Sains Biologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Aminah Abdullah, MSG selamat digunakan dengan pengawalan dalam pengambilannya.

“Kadar pemakanan yang disarankan untuk sehari ialah 0.3g atau 30 mg/kg berat badan seseorang individu. Di negara Asian, kadar pengambilan bahan MSG adalah 1.2g – 1.7g sehari sehingga mencecah 4 g sehari.

“Tetapi pengguna perlu tahu 3g MSG adalah jumlah yang banyak bagi setiap individu. Bagaimanapun, kadar pengambilan MSG di setiap negara adalah berbagai-bagai,” kata Prof. Dr. Aminah.

Menurutnya, pengguna perlu peka kandungan MSG menerusi label di produk makanan segera dan makanan ringan. Mereka perlu tahu apa yang menjadikan MSG merbahaya adalah kandungan natrium (garam). Walaupun tiada kandungan MSG dalam sesuatu produk tetapi setiap satunya mungkin mengandungi kuantiti garam yang tertentu.

“Dalam tidak sedar gabungan pelbagai perasa dalam satu masakan seperti sos tiram, garam, MSG dan kicap mempengaruhi jumlah kandungan natrium yang tinggi.

“Tidak termasuk lagi kudapan sampingan yang diambil. Hal inilah yang menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti buah pinggang, tekanan darah tinggi, dan meningkat kekerapan sakit kepala. MSG tidak salah tetapi pengguna perlu bijak menggunakannya,” katanya lagi.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memastikan kombinasi jumlah MSG adalah penting supaya tidak melebihi 2g atau 3 1/4 sudu teh sehari. Secara asasnya fungsi MSG adalah untuk menguatkan rasa makanan dengan kuantiti yang sedikit. Kuantiti yang banyak tidak menjanjikan rasa yang enak malah boleh menghilangkan rasa sedap itu dan menyumbang kepada kesan buruk.

Faktor Masalah Obesiti

Spekulasi yang mengaitkan pengambilan MSG dengan kenaikan berat badan bermula apabila uji kaji ke atas haiwan makmal yang diberi suntikan MSG menjadi obes. Bagaimanapun, uji kaji itu menggunakan dos MSG yang tinggi dan tidak realistik bagi manusia.

Di China, peningkatan penggunaan MSG dalam makanan dikaitkan dengan penambahan berat badan seseorang pada kadar sederhana antara 0.33g ke 2.2g. Sebaliknya di Vietnam, pengambilan 2.2g sehari tidak melihatkan impak berat badan berlebihan.

Berdasarkan pemerhatian pengkaji mendapati hubung kait pengambilan MSG terhadap obesiti menemui keputusan yang tidak konsisten dan dianggap lemah untuk mengatakan punca kepada obesiti.

Faktor Masalah Obesiti
Faktor Masalah Obesiti Akibat Pengambilan MSG

Amalan pemakanan yang salah telah menyumbang kepada masalah obesiti yang kian membimbangkan. Menurut Islam, manusia memerlukan 1/3 makanan, 1/3 udara dan 1/3 air. Hakikatnya, kebanyakan mereka lebih memfokuskan satu jenis makanan seperti nasi berlauk yang mengenyangkan.

Para saintis turut menyokong pemakanan yang betul adalah dengan menjamah buah atau sayur dan minum air setengah jam sebelum makan berat. Ini memberi ruang kepada badan menyerap serat dari buah dengan baik.

Sebahagian daripada pengambilan serat adalah prebiotik yang merupakan sumber makanan kepada bakteria baik. Ini membantu meningkatkan sistem imunisasi individu dan tidak mudah dijangkiti penyakit.

Pengambilan serat sebelum makan juga mendorong individu mengambil kuantiti yang sedikit untuk menu seterusnya. Secara tidak langsung dapat mengurangkan pengambilan kalori.

Kesan Kepada Neurologi

Dr John Olney menyimpulkan bahawa pengambilan MSG yang tinggi tidak mempengaruhi perubahan neurologi di kalangan dewasa. Dalam satu kajiannya, dia memberi suntikan MSG dari 0.5g/kg hingga 4g/kg kepada neonatal (tikus bayi) yang berusia dua ke sembilan hari. Hasil kajian mendapati dos tinggi menjejaskan otak dan kesan fisiologi tikus tersebut.

Namun begitu, uji kaji itu menggunakan dos MSG yang sangat tinggi dengan cara suntikan yang tidak menggambarkan cara pengambilan MSG oleh manusia. Mustahil bagi seseorang individu mengambil MSG tanpa makanan. Malah hasil kajiannya terhadap pemakanan mengandungi MSG secara normal termasuk pengambilan melebihi 40g/kg dalam sehari mendapati tiada kesan merbahaya kepada otak.

Tiada bukti atau kajian yang tepat yang mengaitkan konsumsi MSG mendorong masalah neorologi dalam jangka panjang mahupun penyakit Alzheimer. Dakwaan Glutamate daripada MSG bertindak sebagai excitotoxin yang boleh merosakkan sel saraf bagaimanapun tiada kajian yang dilakukan ke atas manusia untuk menyokong dakwaan ini.

Masam, Manis, Masin, Pahit dan UMAMI !

Berapa banyak rasa yang boleh dirasai oleh seseorang? Manis, masam, masin dan pahit. Empat kesemuanya. Itu kata Democritus, seorang ahli falsafah Greek, bukan berdasarkan eksperimen tetapi pemerhatian. Beliau percaya apa yang kita rasa berdasarkan kombinasi empat rasa ini.

Plato turut berpendapat yang sama. Begitu juga dengan Aristotle dan saintis moden yang lain. Apabila tunas rasa ditemui sekitar abad ke-19, sel lidah ketika dilihat dibawah mikroskop kelihatan seperti ‘lubang kunci’ yang mana mungkin sedikit makanan boleh masuk ke dalam dan idea tersebut terus dipercayai memandangkan ada empat bentuk ‘lubang kunci’ yang berbeza.

Jadi benarlah empat. Hinggalah muncul Auguste Escoffer.

Escoffer adalah seorang chef. Bukan sekadar chef di Paris lewat 1800, beliau adalah satu-satunya chef. Beliau membuka restoran yang paling glamour, mahal dan revolusioner di bandar tersebut.

Escoffer turut menulis buku The Guide Culinaire. Escoffer telah mencipta stok daripada daging anak lembu.

Oleh sebab ia bukan manis, pahit, masam, masin, atau kombinasi mana-mana empat perasa tadi, sebagaimana yang disebut saintis, ia dianggap tidak wujud. Ramai yang meleleh air liur dan sanggup membayar sejumlah wang yang banyak untuk menikmati hidangan Escoffer, tetapi apa yang mereka rasai tidak wujud. Hanya di dalam kepala.

Di sebelah dunia yang lain, ahli kimia yang bernama Kikunae Ikeda, pada masa yang sama sedang menikmati semangkuk dashi, sup klasik Jepun yang diperbuat daripada rumpai laut. Dia juga sebenarnya sedang merasai  sesuatu yang berada di luar sempadan kategori. Dashi telah digunakan dalam masakan Jepun dalam cara yang sama seperti mana Escoffer menggunakan stok, sebagai perasa bagi semua hidangan yang disediakan. Bagi Ikeda ia sangat sedap.

Tetapi apakah ia sebenarnya? Sebagai ahli kimia, Ikeda mula mencari jawapannya. Dia mengetahui apa yang sedang dirasainya, seperti mana dia menulis “asparagus, tomato, keju, dan daging tetapi… tiada satu daripada rasa yang diketahui sebelum ini.”

Ikeda pergi ke makmal dan menemui ramuan rahsia. Dia menulis di dalam jurnal Chemical Society of Tokyo yang is adalah asid glutamik, namun mengambil keputusan menamakannya semula. Dia memanggilnya sebagai ‘Umami‘ yang bermakna ‘lazat’ atau ‘yummy’ dalam bahasa Jepun.

Apa itu Umami?

Asid  Glutamik ditemui dalam kebanyakan organisma hidup, tetapi apabila mati, sewaktu bahan organik terurai. Ia boleh berlaku di dalam ketuhar sewaktu bahan organik terurai, molekul asid glutamik juga terurai. Ia boleh berlaku didalam ketuhar sewaktu anda memasak daging, pada keju yang disimpan bertahun-tahun, fermentasi kacang soya atau tomato  yang dijemur dibawah panas mentari.

Apabila asid glutamik menjadi L-glutamik, itulah saatnya masakan anda menjadi lazat. L-glutamik kata Ikeda adalah rasa yang kelima. Apabila Escoffer mencipta stok daging, dia sebenarnya memekatkan umami. Apabila Jepun membuat dashi, mereka sebenarnya melakukan perkara yang sama.

Apabila anda memakan ikan bilis, ia sebenarnya seperti asid glutamik speedballs. Ia adalah umami sejati. Jadi Aristotle salah. Plato pun salah. Kita mempunya lima, bukan empat deria rasa. Tetapi apabila penemuan Ikeda tersebut diterbitkan, tiada siapa pun percaya.

Tunas rasa pada lidah
Tunas rasa pada lidah

Hanya selepas hampir 100 tahun Escoffer menulis dalam buku masakannya dan Ikeda menulis artikelnya, generasi baru saintis mengkaji semula struktur lidah manusia dan menemui seperti mana yang disebut oleh kedua-dua, Escoffer dan Ikeda, benar terdapat deria rasa kelima.

Manusia mempunyai reseptor untuk L-glutamik dan apabila terdapat sesuatu yang sangat sangat sedap yang bukan manis, masam, pahit atau masin, seperti mana yang diketahui sebelum ini. Pada tahun 2002 penemuan ini menjadi pendapat yang baru. Ia dijadikan rujukan dan saintis memanggil rasa baru ini sebagai penghargaan kepada Ikeda – UMAMI!

Kenapa kita suka rasa UMAMI?

Menurut Jacqueline Marcus, pakar pemakanan dari Northfield, Illnois, kita dilahirkan dengan keinginan atau naluri yang mana memberitahu kita makanan yang mana baik dan berapa yang diperlukan. Cuba lihat bagaimana bayi menghisap susu ibu yang kaya dengan rasa umami, kemudian menolaknya apabila sudah berasa kenyang.

Rasa umami membantu memberikan sensasi yang anda sudah menikmati makanan, kata Marcus, yang berpengalaman membuat pengurusan berat badan. Makanan dengan rasa umami lebih sedap rasanya dan memberi kepuasan atau rasa kenyang.

  • Umami banyak terdapat pada daging dan keju, itu menjawab persoalan, mengapa kita amat menggemari protein. Selain itu tubuh kita sendiri daripada gabungan protein dan air. Dalam kata lain. Tubuh kita amat memerlukannya.
  • Setiap hari tubuh kita menghasilkan lebih 40 gram glutamat, menyebabkan kita terus mendambakan pengisian semula asid amino. Malah sejak lahir kita telah terdedah kepada rasa umami melalui susu ibu yang mengandungi 10 kali ganda glutamat berbanding susu lembu
  • Lidah hanya sebahagian kecil daripada deria rasa. Ahli sains neuro menganggarkan sehingga 90 peratus apa yang kita anggap sebagai rasa sebenarnya adalah bau. Bau menyediakan kita untuk menikmati makanan dengan mengaktifkan kelenjar liur.

Punca kanak-kanak tak makan sayur.

Kandungan MSG tidak dibenarkan dalam pemakanan bayi dan tidak digalakkan untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Ada yang mengatakan makanan mengandungi MSG mendorong anak-anak menolak makanan yang bernutrisi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia tidak benar sama sekali kerana ibu bapa perlu tahu kanak-kanak sukakan makanan yang rangup. Oleh itu, mereka cenderung kepada makanan seperti snek kerana kerangupannya bukan kerana kelazatan daripada penambah rasa MSG.

Sekiranya dari kecil lagi kita tidak memberi makanan yang tinggi MSG maka mereka tidak akan terbiasa dengan cara pemakanan seperti itu. Pengenalan makanan yang tinggi serat dan kaya nutrisi sangat penting kepada anak-anak sejak kecil lagi.

Hidangankan mereka buah-buahan yang rangup dan sayur-sayuran yang segar. Sebaiknya guna teknik-teknik memasak menu sayur yang mengekalkan rasa rangup. Persekitaran makanan yang sihat akan menjadi habit mereka sehingga besar begitu juga sebaliknya.

Anda boleh cuba menguji anak anda dengan memberikan kerepek yang tidak rangup mengandungi MSG dengan kerepek yang rangup tanpa MSG. Perhati dan nilah manakah yang menjadi pilihan mereka.

Tips Masakan Kekal Lazat Tanpa MSG

Pengguna perlu bertindak mengurangkan pengambilan MSG dan mengawal pengambilannya seperti yang disarankan secara beransur-ansur. Mulakan dengan kurangkan sedikit daripada jumlah yang biasa diambil dan lihat reaksi pelanggan atau keluarga.

Keesokan hari kurangkan lagi jumlah pengambilan sehingga menepati jumlah selamat digunakan dan terus kurangkan selagi anda boleh. Jangan terkezut sekiranya anda mendapati sebenarnya masakan anda kekal lazat tanpa MSG!

Tips Masakan Kekal Lazat Tanpa MSG
Tips Masakan Kekal Lazat Tanpa MSG

Perlu diingatkan kepada mereka yang mengalami komplikasi selepas mengambil MSG dalam jangka masa pendek dan mereka yang sedia ada menghidapai penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya adalah lebih baik elakkan pemakanan mengandungi MSG.

Gunakan sumber glutamat semula jadi sebagai perasa yang melazatkan masakan anda. Terdapat banyak makanan yang harus mengandungi glutamat yang mampu menghasilkan rasa lazat bahkan lebih lazat daripada MSG.

Ekstrak yis atau yis berautolis atau kombinasinya juga boleh bertindak sebagai perasa makanan dan tidak boleh mengandungi lebih 0.4mg bagi setiap gram jumlah asid folik. Antara sumber Glutamat semula jadi termasuklah;

  • susu ibu
  • susu lembu
  • keju parmesan
  • bawang
  • cendawan
  • tomato
  • kentang
  • salmon
  • ayam
  • daging

terdapat juga penambah perisa yang dibenarkan seperti Garam Kalsum Asid Guanylic atau Asid Inosinic. Bagaimanapun penambah perasa tersebut belum ada di pasaran Malaysia dan perlu ada kawalan dalam pemakanan.

‘Non Essential’ Asid Amino Daripada MSG

Asid Amino adalah sebatian organik yang bergabung untuk membentuk protein. Asid amino dan protein diperlukan untuk membina sel. Umpama ia adalah bata-bata dalam pembinaan rumah. Tanpa susunan bata yang teratur dan mencukupi, mungkin binaan rumah tersebut tidak lengkap mahupun kukuh.

Apabila protein dicerna atau dipecahkan, asid amino yang tinggal. Tubuh manusia menggunakan asid amino untuk membuat protein untuk membantu badan:

  1. Memecahkan makanan
  2. Pertumbuhan
  3. Memperbaiki tisu badan
  4. Melaksanakan banyak fungsi badan yang lain.

Asid Amino juga boleh digunakan sebagai sumber tenaga oleh badan.

Asid Amino dikelaskan kepada tiga kumpulan:

  1. Asid Amino Perlu (Essential)
  2. Asid Amino yang Tidak Penting (Non Essential)
  3. Asid Amino Bersyarat
Jenis Asid Amino Yang Badan Perlukan
Jenis Asid Amino Yang Badan Perlukan

Asid Amino Perlu (essential) bermakna ia tidak boleh dibuat oleh badan. Justeru ia mesti datang daripada makanan. Terdapat 9 asid amino penting (essential) iaitu:

  • Histidine
  • Soleucine
  • Leucine
  • Lysine
  • Methione
  • Phenylalanine
  • Threonine
  • Tryptophan
  • Valine

Asid amino tidak penting (non essential) bermakna bahawa badan kita menghasilkan asid amino, justeru kita tidak perlu mengambilnya daripada makanan. Contohnya asid amino yang tidak penting (non essential) termasuklah:

  • Alanine
  • Asparagine
  • Asid aspartik
  • Asid glutamik (terdapat pada MSG)

Asid amino bersyarat (conditional) pula hanya diperlukan apabila pada tekanan atau badan sedang diserang penyakit. Asid amino bersyarat (conditonal) adalah:

  • Arginine
  • Cysteine
  • Glutamin
  • Tyrosine
  • Glycine
  • Ornithine
  • Proline
  • Serine

Adalah perlu untuk mengambil asid amino ini dengan keseimbangan yang betul.

Video dibawah menerangkan lagi apakah asid amino dan kepentingannya.

ESP Shaklee Mengandungi Semua 9 Asid Amino Perlu (Essential)

Untuk mendapatkan khasiat protein harian anda, saya cadangkan anda mengambil protein ESP Shaklee. ESP Shaklee adalah lengkap dengan 9 jenis Asid Amino perlu (Essential) yang badan kita tidak hasilkan. Apabila anda memilih ESP Shaklee, badan anda akan mendapat protein yang lengkap.

Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga
Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

Jika badan tidak mempunyai asid amino yang lengkap, badan anda masih boleh membuat sel-sel baru, tetapi rambut anda mungkin kering, bercabang, manakala kulit anda adalah kulit yang kusam, bermasalah dan lain-lain.

ESP Diperlukan Oleh Seluruh Ahli Keluarga
ESP Diperlukan Oleh Seluruh Ahli Keluarga

Oleh itulah anda sangat perlukan ESP Shaklee. Patutlah pun selalu sahaja habis stok di HQ Shaklee. Berebut-rebut terutamanya sewaktu bulan puasa baru-baru ini

Anda pula bagaimana?

Sekiranya anda mencari hidup yang sihat dan berpanjangan, Shaklee telah membuktikan bahawa produk kami boleh memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga, muda pada tahap selular. Pilihan di tangan anda, saya telah pun memilih yang terbaik. Jadi inilah kenapa #WhyIShaklee.

KLIK UNTUK ORDER ENERGY FOR LIFE SET

Untuk Maklumat lanjut serta tempahan, anda boleh KLIK pada BUY NOW diatas atau hubungi saya di talian berikut:

SMS / Whatsapp : 018-4095663 (Syakilla Azam)
Email : syakillashaklee@gmail.com
Intagram : @starla.my
Facebook : Syakilla Azam

Pentingnya kita menjaga kesihatan dan kecantikan itu untuk memudahkan kita melalui urusan duniawi selain membantu kita untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna, Insyaallah dengan fizikal dan mental yang sihat. Islam menuntut umatnya menjaga nyawa, bererti menjaga kesihatan diri dengan sebaik-baiknya.

Jom Sihat, Jom Nutrisi , Jom Makan Shaklee !

Thanks for reading this entry !

 

 

 

 

Tips Masakan Sedap Tanpa MSG atau Penambah Perasa

Dapatkan tips secara terperinci berkenaan bagaimana MSG berfungsi di dalam masakan kita serta mampu memberi kesan terhadap kualiti masakan dan kesihatan.

8 thoughts on “Tips Masakan Sedap Tanpa MSG atau Penambah Perasa

    1. Betul tu tuan jalan-jalan.. Sebenarnya kita boleh menggantikan jus selery+lobak dalam masakan untuk menggantikan MSG dalam setiap masakan.. Bahkan masakan anda akan menjadi jauh kebih lazat dari masakan biasa..

    1. Betul tu tuan Faizal, sebab tu killa biasanya masak sendiri je kalau makan kedai pun request cakap makanan killa jangan letak MSG kelentong cakap saya alergik MSG.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge